Tiada kebetulan dalam hidup. Semuanya hanyalah takdir yang Allah tetapkan.

TRUST HIM!

YOU CAN DO IT!

CHOOSE YOUR CHOICE

Di sini tanah kubermain kata. Menyusun abjad membentuk kata. Yang kadang bisa menyentuh nurani pembaca, meresap ke jiwa menginsafkan kita. Yang kadang juga membelai jiwa menari hati seronok gembira. Yang kadang juga bisa memanah membunuh hati pembaca sentap sepanjang masa. Maka dengan itu, kuatkan hati untuk membaca setiap entri. Heh heh-gaya macam nak masuk rumah hantu.


-Saya jarang update blog sekarang. Tapi masih aktif di media2 lain. Sebarang pertanyaan boleh email : fatinizzati260@gmail.com. Merci ^^

Sunday, June 28, 2015

Buat adik2 uia atau yg bakal masuk degree uia,,

Nanti, dah masuk uia, rancang dari awal nak ambil minor atau tak ambil. Kalau untuk kos IRK tu, yg bila add subject boleh add ja apa pon subject sebab tak ada study plan yg dsediakan macam bebudak KICT and KAED tu, rancang awal2 untuk setiap sem nak ambil subjek apa sepanjang tempoh pengajian. Lagi bagus sediakan back up sepsiap takut subject yg nk add tu section closed. Terutama bagi yg nak ambil minor tapi tak nk bertapa lamadekat uia sampai 5 tahun..

Level subject high or moderate tu boleh nak rujuk dengan seniors tapi semuanya bergantung pd kemampuan diri sendiri. Sebab kemampuan kita tak sama dengan orang lain. Tapi sem lepas ada lecterer cakap untuk IRK students pon akan dsediakan study plan macam KICT and KAED. Alhamdulillah kalau menjadi kenyataan sebab akan memudahkan adik2 nanti.

Buat yang nak ambil minor, bermula dari tahun pertama tu dah boleh ambil. Sebab nanti nak ulang turun naik department kuliyyah yg berbeza tu makan masa. Sampai kalau keinginan tak kuat boleh fed up tengah jalan jugak. Tambah kalau yg kuliyyah minor depan gate uia, kuliyyah major ujung gate uia. Memang menguji kesabaran tahap maksimum. Nanti dah masuk kelas berminggu-minggu dah tapi itaalem tak boleh nak access lagi. Assignment dah berlambak dalam tu. Normal lah tu. Sebab tu kena sentiasa pegi update dgn department major n minor..

Kalau yg ambil minor yg jarang orang ambil tu plak, nak tunggu siap study plan plak nanti pon dah makan masa hampir satu sem jugak. Nak declare minor tu pon seminggu dua jugak baru dapat. Apapon, ini bukan nak menakutkan atau melemahkan semangat, tapi hanya sebagai rujukan. Moga kuat dan tabah. In sya allah, allah akan mempermudahkan urusan anda. Itu yg paling penting. Yakin lah dengan Allah. Moga berjaya!!



-kakak concern-



catatan saya, pendapat saya, namun terpulang pada anda, menyuarakan pendapat anda.

Semua dalam blog ni hanyalah ukiran kata pemilik blog sendiri. Andai wujud ketidakpuasan hati sila comment di mana-mana entri. (Kalau boleh the latest entry la baru perasan) Andai wujud kata-kata dari bukan pemilik blog akan dinyatakan. Maka, sekiranya ada salah dan kurang harap maaf.

SHARE WITH,,